Tuesday, 4 November 2014

One Mission

Assalamualaikum. Wuhuuuu  .. Lamanya aku biarkan blog aku mereputt ..hahahah... berbulan bulan lamanyaa ehh entah entah dah makan tahun. Okey harini aku rasa nak bercerita .. now result STPM dah keluar, and kawan kawan aku pun dah ramai yang masuk U, Kolej.. Amin, haziq, syafiq.. Knowing wht, masa nak check upu tuh aku dah boleh agak yang aku takkan dapat punya sebab saingan hebat hebat plus pointer aku pun tak berapa nak baik. Sebelum check tu Amin dah warn jangan checkkan dia punya hahaha. Sebab biasanya aku yang gatal gatal cekkan apa apa pasal dia.. Tapi haritu dah dia cakap macam tu , so aku biar dia cek dia punya sendiri. Masa tunggu sms masa bagitahu wther kita dapat tak dapat dapat ws drpada amin, dia Tanya aku dapat tak. Daripada gaya diakau dah tahu yang dia dapat masuk U, see tepat aku punya instinct. Hiks. Masa tu perkara pertama yang aku buat ialah menangis hahaha. Sedih sebab aku tahu yang kau tak dapat.. choiii. Rezeki dia agaknya dapat sama tempat dengan abang dia, sama course pulak tuhh. Kat Unimap, Engeneering Enterprenuership. Hahha enta betul enta takk course dia ni. Hiks. Aku bagitahu lah yang aku tak dapat masuk U, sedih sangat. Dia pesan jangan sedih sebab boleh buat rayuan kedua, so kirakan macam ada harapanlah kan nak masuk U. Sempat jugak tanya kak yana pasal bnde ni. Dia pun ckp in Shaa Allah mngkin boleh dapat. So ada warna warna ceria pde senyuman aku tuh bila dia cakap macam tu.  Bila dapat buat rayuan and bila keputusan keluar, tak tahu nak cakap macam mana and bukan rezki aku. Hampa sebab jawapan yg  dtrima sama. *nangislelaju . So plan A tak mnjadi, kita pergi ke plan B. Tanya cikgu wht I should do. And my teachers says try apply Unikl sebab situ ada Mara. So aku epha n nab try lah buat apa yg cikgu suruh and Alhamdulillah dapat course multimedia. Tapi 4 tahunn tu. Lama sangat. Amin grad umur 23, aku 24. Memang tak boleh nak lari daripada no 4 tuhh kan. Hahaha. Takpelah redha even sebenrya nak course business, tapi bersykur jugak sebab ada geng, Nabihah dapat course computer ape tahh, sma 4 tahun dengan aku. Cool J . now kiteorang tengah tunggu bulan 1 untuk berangkat ke KL. Barang barang pun settle mana yang patut, malas nak beli banyak banyak sebab pendaftaran pun, sesak nafas aku tengok. Hahaha. Cuma kan, kadang dengar amin cerita pasal kawan kwan dia kat sana, dia cakap tak sama macam kawan kat sekolah. Lain sngat. Selalu advise dia cari geng, kawan perempuan yang boleh ajar dia, tapi faham faham jelah mamat ni, pemalu tahap cipannnn . actually kiteorang berangan nak study sama sama satu U, satu course, tak dpat course sama satu U pun jadi lah tapi mungkin rezeki tak berpihak dekat kita kan. Takpelah *sedih . Selalu dia cakap *kan best kalau awak ada kat sini. Orang orang kat sini smua sombong . Ayat dia buat aku sedih sebab tak dapat nak sambung study sama. Its okeylahh dear . Saya doakan awak success selalu. Focus pada study, jangan mudah putus asa. Tak lupa jugak kat kawn kawan yang lain, gooduck guysss... semoga korang berjaya menggenggam segulung ijazah. Yang tak dapat meneruskan pengajian, its okeyy.. kerja rajin rajin, mungkin rezeki korang setakat kat kt STPM  tapi siapa tahu akan datang ada rezeki korang nak sambung study... 

Sunday, 30 March 2014

Ini ke yang aku kena terima ?

Bismillah.
Tak tahu nak start dari mana. hm. kecewa dengan dia, kenapa mesti macam nie ea? kenapa aku yang selalu beralah, kenapa aku yang selalu kena? kenapa? kenapa? kenapa? kenapa aku? kenapa bukan orang lain?
yess. memang aku susah nak lupakan dia.. betul kata kawan aku yang aku tak boleh lupakan dia . kalau tak kenapa mesti aku nak terasa apa yang dia buat, kenapa aku mesti nak beremosi, nak marah marah bagai. kan? hmm. tau kan macam mana rapatnya aku dengan dia. dah macam belangkas ..
tak pernah miss texting, even tak selalu jumpa, tak selalu call... tapi kiteorang terlalu rapat. ibu pun tahu pasal aku dengan dia.
kadang aku mintak tolong dia, minta tolong hantar balik rumah, minta tolong buatkan ini, buatkan itu, macam dia jugak. minta tolong aku buatkan ini, buatkan itu.. kadang.. benda yang penting pun dia tanya aku.. aduhh
macam mana kalau berenggang agaknya. Dah pernah berenggang. serius rasa lain sangat. Dia pun rasa macam tu juga. kalau ada rezeki aku nak sambung belajar dengan dia. masuk U same same.. course lain lain pun jadilah asal masuk U sama. Tapi tu semua terpulang. Kalau Allah izinkan, In Sah Allah, Kalau tak.. taklah ..

Hmmm.. kadang rasa nak lari daripada semua nie.tapi tak sanggup. tapi sampai bila aku kena tunduk dengan feeling aku kan? sampai bila aku nak kena beralah dengan diri and perasaan sendiri. bukan tak pernah nak fight tau, tapi setiap kali aku buat aku kalah..
Apa yang aku buat semua salah kat mata dia kan. Apa yang aku buat semua tak kena lah. bila tanya "entahlah" tu lah jawapan dia.
aku tunggu masa nak sambung belajar, itupun kalau ada rezeki.. mungkin dengan cara nie aku boleh lupakan semuanya kot. entahlah.. 
Dia tak pernah fikir ke apa yang aku buat semua nie sebab aku nak pertahankan walaupun aku tahu semuanya macam sia sia.. Dia tahu tak yang selama nie aku pendam rasa sakit hati aku sebab nak jaga hati orang. memang aku tipu dia, aku cakap aku okey, tapi sebenarnya tak.. aku boleh faham dia nak buat apa apa dengan kawan kawan dia, nak main badminton, nak main futsal, tengok boal, pergi stadium, lepak ke ape.. aku boleh faham tapi kalau bab "girls" nie aku susah nak faham. no wonderlah kadang kadang dia tengok aku hangin macam halilintar.. Serius susah nak faham. Aku jenis orang yang boleh faham orang sebenarnya, tapi orang yang susah nak faham akuu.,. no one can understand me lah..
sorry dia sebab selama nie sy banyak menyusahkan awak, saya tahu saya da buat awak huru hara, macam awak pernah cakap awak rasa macam awak dengan "................."  saya tahu awak takde kebebasan nak buat apa yang awak nak. hmm. lepas ni awak buatlah apa yang awak nak.. saya dah taknak marah marah awak lagi. hak awak kan. bukan saya tak amik kisah lagi pasal hal awak tapi saya taknak jadi penghalang apa yang awak nak buat. kalau lepas nie awak nak hantar dia ke keluar dengan dia ke.. terpulanglah wak...
saya... saya tak tahu nak cakap apa. redha and pasrah jelah.. memang hat saya nie dijadikan untuk disakitkan agaknya..,its okey lah... I'm okey. :c
jaga diri awak. love and miss you always. assalamualaikum.

Monday, 20 January 2014

today for today

Assalamualaikum. Bismillah. .hari nie nak cotcetcotcet pasal apa yang jadi masa kerja tadi...
hahaa.. macam macam ragam budak budak nie... jaga kelas 4 tahun 8 orang je  tapi macam jaga 20orang. penat nak layan karenah budak budak nie tauu..
tambah tambah tak boleh focus sebab fikir pasal pagi tadi punya hal and blur blur sebab tak tahu nak buat apa. dah lah kena handle sorang sorang.. kasihannnlahhh T.T
zikri yang tak reti duduk diam. masa rehat belum lagi dia dah bukak kokokrunch dia.
yang si aqilah lain pulak ceritanya, mula mula okey, lama lama wahhh. nampak belangyaa..
panjat meja, bergaduh, berebut mainan, nak mengimpit je keje dia..sabar jelahhh..
wafa and nashrin duduk jee diam. adam, faris bolehlahh tapi macam boring jee diorang
bila suruh belajar, kira nombor... bukan nak ikutt. dah belajar sorang sorang dengan dinding..haha..
nasib ade 2 3 orang yang nak dengar kita membebel..
esok tak tahulah macam mane. huhh.. lepakkk wooo kalau kelas hari hari macam nie.
dah lah tade kursus ke pengetahuan apa apa.. last last kena ajar budak budak nie.
harap Allah tetapkan hati nie kalau memang betul betul nak kerka kat situ. In sha Allah..
wassalam .

8 Petanda Dia Adalah Soulmate (jodoh)

Assalamualaikum. haaa hari nie kita bebel pasal petanda dia adalah soulmate kita.. 
actually it just saja saja share. manalah tahu kot kot salah satu tuhhh ke salah 4 ke, salah lima tuh ade terkena pada diri kita.. harharrr...Mungkin 80% boleh dipercayai.. tapi jangan terlalu percaya sangat or obses ke apap apa ... Ajal, jodoh, maut semua kan kat tangan Tuhan. :))
so. check it out


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?


#copypaste1001rahsiadiri

Beza cinta, sayang, minat dan suka

Bismillah. pinn pinnn. hari nie. kerja copy paste sahaja.. apa yang aku ngarut ngarut nie aku copy and paste dari 1001 rahsia diri.. sesaje share untuk bacaan sesiapa je :))

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Sunday, 19 January 2014

)':

bismillahhirrahmannirrahim. .assalamualaikum...
dah lama sangat tak update blog. last pun mase bulan 7. 6 bulan juga tak bukak blog.. okeylah hari nie ira nak cerita tentang isi hati ira.. *haha macam kelakar bahasakan diri nie ira. nie semua gara gara cousin yang nak sangat anggil nama ira sebab nazs dah biasa.. hhehe
emmm.. sedihnya semalam tak tahu lah macam mana boleh terstalk someone, seriusly.. luluh jugak hati nie bila baca apa yang dia tulis.. nak nangis tapi tahankan jee. 
tak sangka jugaklahh.. ishh susahlah nak cerita. 
saya bukan nak berlumba siapa dapat dia ke apa. boleh bayangkan tak macam mana perasaan bila kita sayangkan someone tuh tapi dalam masa yang sama dia still teringat and rindukan orang lain. yess saya tau even kita rapat and relay kita nie tak lebih dari kawan tapi... please understand me..
saya nak pergi dari hidup awak tapi awak larang saya, awak halang saya , awak kata awak tuh tak penting lagi dalam hidup saya lagi ke. awak kata tak boleh ke kita berkawan. awak boleh faham tak macam mana seseorang yang dulu jadi kawan then rapat then couple then berpisah and now berkawan, at the same time one of us still ada perasaan cinta tu?? sakitnya mengharapkan sesuatu yang tak pasti tuh.. :'(
saya dah cuba buang perasaan marah, dengki, geram sakit hati saya nie, tapi nampaknya susah saya nak buang perasaan tuh kat dia sebab awak dengan dia still lagi. hmm i dont know how to say.
saya tak kisah awak nak berkawan lagi dengan dia ke ape. nak contact dia ke ape tapi...  saya harap sangat awak boleh faham isi hati saya. awak kata awak faham isi hati say, tapi nampaknya tak sayang.. awak tak faham isi hati saya.
berilah saya ruang,. biarkan saya pergi dari hidup awak. mungkin itu yang terbaik barangkali. saya tahu dia masih sayangkan awak, dia rindukan awak, dia masih lagi berharap yang awak akan jadi milik dia satu hari nanti.. saya tahu sebab saya perempuan, lagipun awak kan first love dia..
kuatnya cinta dia kat awak. hmm
saya tahu Allah sedang uji kita semua.. Allah  nak tengok sekuat mana kita mampu bertahan dan bersabar dengan ujian yang diberikannya.. janji Allah itu pasti. kita kena yakin dengan
awak ingat kan janji saya pada awak? yang saya takkan ganggu hubungan awak if one day awak dengan dia.. itu janji saya ,..
selama  nie wak, saya tahankan apa yang jadi,,, awak sendiri tahu apa yang jadi kan. macam mana orang shoot saya sebab tak puas hati dengan kita berdua. 
saya tak mampu dan tak kuat nak hadapi semua nie, mungkin sebab kita masih lagi contact,
hmm. munkin bukan jodoh kita sekarang, mungkin satu hari nanti, siapa tahu.
Kita hanya merancang tapi Dia yang tentukan segalanya.
doa saya tak pernah putus untuk awak,  saya doakan yang terbaik untuk awak sayang...
Wassalam..


Monday, 15 July 2013

TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Assalamualaikum blogger.. okey hari nie nak mencarut dan melalut tentang encik gemuk saye..Okey aku tak sangka yang aku akan fall in love again.. with someone yang selama nie jadi kawan aku.. hahah.. kelakar pulak... okey act aku tak sangka yang aku dengan dia pernah 1 sekolah agama sebenarnya..seriusly.aku tak pernah perasan langsung pasal dia.. haha..macam ibu cakap tak kenal maka tak cinta. .

aku perasan yang kita nie banyak sangat chemistry...

1.nama kiteorang ada 13 patah perkataan,

2.kampung kiteorang sama,

3.sometimes apa bende yang aku suka, dy suke *menyibukk

4.kuat berjalan,

5.suka gelak, suka menyakat,

6.tak suka bende bende yang leceh. .                                                                                                                               7.yang penting kiteorang kuat makan..hahahaha. . sweet tak??

Kiteorang dah sepakat nak jage relay nie sampai bila bila.

Insyaallah kalau ade jodoh till jannah. . kiteorang nak belajar,

masuk U same2.. Insyaallah. .

Kepada awak yang bakal menjadi imam saya 1 hari nanti, insyaallah.

Kita jaga, pelihara hubungan nie sama sama ea sayang. .

Ahabbaka Ilazi Ahbabtaniny Lah. .

Uhibbuki jiddan jiddan Mohd Azrul Amin


Song for you dear

 Terima Kasih IamNeeta


 Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini

Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu

ku berubah hidup penuh dengan senyuman

Oh sayang, datanglah padaku ,

ku ingin kan dirimu

Dekatlah padaku, ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya

Yang telah kau beri, amat ku hargai,

Semua ku simpan di dalam hati

Penuh riang tawa mesra

Terus terukir. . dihati

Siapa sangka kan bahagia

Bila dulu pernah luka

Cinta datang  tak diduga

Bawa hingga syurga. .





He’s my enemy, he’s my sweetheart,^^ he’s my love, he’s my friends,:D he’s my family, he’s my boyfriend,^o^, he’s my supergemuk 00,’ he’s my buncit,  he’s my future imam, insyaallah, he’s my everything. >< Ahabbaka Ilazi Ahbabtany Lah Mohd Azrul Amin Bin Shahrol . .<3 <3 <3